Thursday, December 13, 2012

produk baru

assalamualaikum...

insyaaAllah dalam masa terdekat ini saya akan memperkenalkan beberapa produk baru yang terdapat di kedai tasneem..

antaranya ialah:
1. susu HALIB'S
2. Jam Tawaf

sama-sama nantikan keterangan lanjut mengenai produk-produk diatas..

Saturday, July 21, 2012

ramadhan kareem!!!

assalamualaikum..

selamat menyambut ramadahan al-mubarak buat semua pelanggan serta pengunjung kedai tasneem!!!

semoga ramadhan tahun ini adalah lebih baik dari ramadhan yang lalu...

selamat berpuasa dari kami di kedai tasneem..

**p/s: hadiah untuk peserta bertuah itu insyaallah akan sampai hari isnin..kami gunakan perkhidmatan pos berdaftar..maklumkan kami ye jika anda sudah menerimanya..terima kasih!

Monday, July 16, 2012

hadiah sudah diproses

alhamdulillah.....

syukur..alamat semua peserta bertuah sudah saya perolehi..

petang tadi setelah tasneem direhatkan, saya berkesempatan untuk uruskan hadiah secara aman tenteram...
setiap yang bertuah akan menerima:

setiap orang akan menerima ketiga-tiga jenis SUSU ILHAM
1 - 3 tahun (perisa asli)
4 tahun keatas (perisa vanila)
4 tahun keatas (perisa coklat)

juga sekeping flyer..


kesemuanya sudah disampulkan..
insyaallah saya akan pos esok.


sampel yang saya beri itu adalah untuk sekali bancuhan..
yang 1-3 tahun tu untuk 1 botol bayi yang tinggi tu..
untuk 4 tahun keatas tu dalam satu cawan standard...

susu 4 tahun keatas juga sesuai untuk orang dewasa..
jadi kalau tak ada anak umur 4 tahun keatas, mak ayah pun boleh minum juga..(^_^)


**p/s: saya selaku tuan kedai amat berharap pihak tuan/puan/cik yang menerima sampel SUSU ILHAM agar dapat memberi sedikit respon setelah mencuba susu tersebut

terima kasih!!

Sunday, July 15, 2012

pemenang giveaway susu ilham

terlebih dahulu saya minta maaf pada semua yang menanti...saya agak terlewat untuk mengumumkan pemenang..ada tetamu datang rumah tadi..(",)

namun begitu cabutan telah dibuat seperti mana yang dijadualkan..

cabutan mula dilakukan

5 nama bertuah telah dikeluarkan



dan peserta bertuah itu adalah

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


tahniah kepada pemenang!!

terima kasih juga kepada semua yang meyertai...tidak lupa kepada yang mem"view" post2 dalam entri ini..
sokongan anda amat bermakna buat saya..terima kasih sekali lagi..

*kepada pemenang, sila semak email andaaa..

Friday, July 13, 2012

esok hari terakhir

para bakal pelanggan yang dikasihi sekalian..

esok 25 syaaban/15 julai adalah hari akhir untuk giveaway susu ilham pertama saya..

prosedurnya, lepas maghrib esok saya akan menyiapkan nama untuk tasneem cabut..5 nama bertuah akan tasneem pilih..

kemudian saya akan buat entri yang menyenaraikan 5 nama peserta yang bertuah tu tadi..
email juga akan saya hantar pada mereka..untuk alamat.

saya akan cuba sedaya upaya untuk pos secepat mungkin sebaik dapat alamat peserta bertuah.

3 nama peserta tambahan:

15. shawal
16. saidatul azwa
17. ain

terima kasih!!

Tuesday, July 10, 2012

senarai peserta giveaway susu ilham

assalamualaikum bakal pelanggan yang dihormati sekalian...(^_^)

sepanjang 10 hari giveaway ini berlangsung, ada 132 orang yang dah view..alhamdulillah...
yang sudah menyertainya seramai 14 peserta sepertimana yang dah tertera diruangan komen..

berikut adalah senarai peserta yang sudah menyertai:

1.ummu muhammad
2.izan mama mia
3.syiela
4.AkmaFaizal
5.miss ch0c0laTe
6.farah fadzil
7. Nurul Nabila Husna
8.Jamilah Hamzah
9.Nadhirah
10.aini afifah
11.nur azyatun
12.mama atiyyah
13.k.atie
14.intan berlian


kepada yang masih belum menyertai, cepat!!jangan lepaskan peluang!! mungkin anda adalah insan terpilih untuk mendapatkan sampel susu ilham percuma!!

kepada yang sudah menyertai, terima kasih tidak terhingga!!sokongan anda amat bermakna buat saya!

terima kasih!!

Sunday, July 1, 2012

give away susu ilham




seperti yang dijanjikan....

anda mahu rasa susu ilham??


sertai giveaway kami dan anda berpeluang untuk mendapatkan
sampel susu percuma!!
peserta yang bertuah akan menerima:

susu ilham 123 tahun
susu ilham 4 tahun keatas perisa vanila
susu ilham 4 tahun keatas perisa coklat
**susu 4 tahun keatas juga sesuai utk dewasa

seramai 5 peserta bertuah akan dipilih oleh Tasneem dengan cara cabutan.
**hadiah mungkin lebih bergantung kepada penyertaan.

give away ini akan berlangsung selama 15 hari
bermula dari
 11 hingga 25 syaaban 1433h/ 1 hingga 15 julai 2012

syarat-syarat penyertaan:


1. terbuka kepada semua rakyat Malaysia tidak kira sama ada anda mempunyai blog atau tidak.

2. bagi yang mempunyai blog, buat satu entry ringkas yang mengandungi banner yang di link semula ke blog ini. bagi peserta FB, anda hanya perlu "share".
adalah lebih baik jika anda tag kawan-kawan anda juga (^_^)

3. akhir sekali jangan lupa tinggalkan nama dan url blog anda/email di ruangan komen

mudah bukan??


apa lagi?jom sertai GA pertama kami!!
mungkin anda orang yang bertuah itu!!!


terima kasih atas sokongan anda (^_~)

Friday, June 29, 2012

testimoni pengguna SUSU ILHAM (2)

Thaqif Qayyim b. Noorrul Nizam - 2 tahun++

Thaqif Qayyim mengalami masalah kulit (eczema) yang serius ketika usianya 1 tahun. Sejak dari itu, saya menghabiskan ratusan ringgit setiap bulan untuk kos rawatan dan perubatan di klinik dan hospital tetapi tiada perubahan sehingga saya menjumpai susu ilham pada usianya genap 2 tahun.

Alhamdulillah dengan izinNya, setelah 3 bulan Thaqif meminum susu ilham 123, masalah kulit (eczema) yang serius semakin berkurangan tanpa menggunakan ubat-ubatan dan rawatan susulan serta tidak lagi menangis pada waktu malam kerana penyakit tersebut. Saya juga nampak Thaqif lebih aktif dan perubahan ketara dari segi percakapan, daya ingatan, penghafalan dan pengenalan objek/huruf semakin cekap dan pantas. Sekarang saya tidak lagi menanggung babanan kos perbelanjaan perubatan malahan saya dapat menampung kos pembelian susu ilham pada harga yang berpatutan.

Sekarang ini saya sedang mengandung anak kedua dan telah mengamalkan meminum susu ilham 4 tahun keatas sejak kandungan saya berusia 5 bulan. Alhamdulillah, susu ilham sememangnya boleh diminum oleh semua peringkat usia kerana khasiat badam, kurma, kismis sangat tinggi dan terapi 30 juzuk Al-Quran sangat istimewa serta rasanya yang sangat sedap dan berkhasiat. Semua kebaikan khasiat dan nutrien yang terdapat didalamnya pasti diperoleh bayi dalam kandungan saya. Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan produk susu ilham yang halal serta berkhasiat dan bakal menjadi pilihan pengguna kerana kualitinya berada ditahap yang terbaik.

Pn. Hasni Liana bt Hj. Ahmad, Kota Kemuning, Selangor

Tuesday, June 19, 2012

Tetimoni Pengguna SUSU ILHAM (1)

Berikut adalah testimoni dari pengguna-pengguna Susu ilham yang saya ambil dari flyer..

Siti Maryam bt. Mohd Zairi - 4 tahun
Puteri Nur Aisyah bt. Mohd Zairi - 6 tahun

"kali  pertama maryam dan aisyah diberi minum susu ilham, mereka berdua amat menyukainya hinggakan minta dibuat lagi. kekerapan minum susu ini dua kali ganda daripada susu biasa.

sebelum ini anak-anak saya mengalami selesema dan kahak yang berpanjangan hinggakan menyukarkan mereka bernafas dan tidur dengan lena. dengan izin Allah SWT, setelah mengambil susu ilham, maryam dan aisyah telah menunjukkan kesihatan yang lebih baik. alhamdulillah, tiada lagi kahak dan selesema yang selama ini menyebabkan mereka agak sukar bernafas dalam keadaan selesa. kini anak-anak saya kelihata lebih sihat, ceria, cerdas dan aktif.

khasiat hebat yang telah dirumuskan dalam susu ilham serta penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran dan selawat Nabi dalam pemprosesannya amat meyakinkan saya untuk terus mengambil susu ini sebagai minuman harian mereka.

bukan sahaja anak-anak yang minum susu ilham, suami juga mengambilnya setiap kali sarapan dan sebelum tidur. saya tak menyangka sama sekali selepas suami mengambil susu ini, beliau tidak lagi berdengkur. kini susu ilham menjadi minuman harian seisi keluarga".

- pn. ema hashim, shah alam selangor -

***********************************

Intan Nur 'Insyirah Mohd Nakha'e - 2 tahun 5 bulan

Intan Nur 'Insyirah, 2 tahun 5 bulan, merupakan fully breastfeed baby selama 2 tahun. sebaik usia mencecah 2 tahun, saya mula mencari susu formula yang bersesuaian sebagai susu gantian kepada susu ibu. namun insyirah sukar menerima susu tersebut. pelbagai jenis susu telah di cuba tetapi ianya tidak dapat menarik perhatian dan memenuhi citarasa 'insyirah.

setelah diperkenalkan dengan SUSU ILHAM, 'insyirah terus berminat dan gemarkan rasanya yang manis semulajadi. apa yang lebih menggembirakan saya ialah sejak meminum susu ilham ini, 'insyirah semakin bijak dan petah bercakap seperti orang dewasa disamping lebih mudah menerima pembelajaran baru, cekap berfikir dan mendengar kata. dengan izin Allah disamping kandungan yang halal dan mengikut sunnah, susu ini telah memberi kesan yang positif kepada 'insyirah untuk proses perkembangan dan pembesarannya.

semoga pengalaman ini dapat dikongsi dan dirasai oleh ibu-ibu lain yang mementingkan pemakanan anak mereka. yang baik itu dari Allah.

- En. Mohd. Nakha'e Hashim, Puchong Selangor -

Monday, June 18, 2012

Tahukah Anda?


BADAM merupakan kacang istimewa yang menjadi makanan sampingan yang biasanya dimasukkan ke dalam coklat bagi meningkatkan kesedapan dan nilainya. Badam telah digunakan atau dimakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan & India, beribu tahun dahulu bagi tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu.
Sebagai contoh penyelidikan yang telah dibuat, hampir semua kanak-kanak, remaja, orang dewasa serta warga emas yang menghafal al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu di sekitar Pakistan & India, mereka telah mengambilnya sebagai salah satu sumber makanan tambahan bagi tujuan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan hafalan dan menjaga ingatan. Penyelidikan ini termasuk juga ahli akedemik & golongan professional di sana, kerana mereka sudah menjadikan pengambilan tersebut sebagai amalan harian.
Pakistan dan India telah banyak melahirkan para saintis, pakar perubatan dan para juga alim ulamak yang pakar di dalam ilmu al-Quran & Hadist yang layak diberi gelaran Sheikul Hadist sehingga diberi kemuliaan oleh ALLAH untuk mereka mengajar di Mekah dan Medinah. Sudah menjadi kebiasaan di Pakistan dan India sekiranya kita terjumpa pakar-pakar perubatan, saintis, pakar teknologi maklumat, pakar jurutera serta golongan professional yang menghafal a-Quran & Hadist.
Menurut pakar-pakar pemakanan, badam merupakan sumber makanan untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan kabohidratnya tinggi dan ianya mengandungi sumber gula yang tinggi.
Menurut kajian kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin di dalam telur. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan khasiat susu dan dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus di dalam keju. Kanak-kanak juga amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka.
KURMA adalah sejenis tumbuhan yang dikenali dalam bahasa saintifik Phonex Dactylifera. Kurma mengandungi lebih 50% glukosa dan ianya dapat diserap oleh badan dan mampu memberi tenaga yang segera dan konsisten kepada kanak-kanak. Kurma juga mengandungi serat, amat baik untuk mencegah sembelit dan memudahkan pembuangan air besar.
KISMIS
Imam Zuhdi berkata: “Sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering”
KISMIS mempunyai banyak khasiat pemakanan seperti mineral, serat dan vitamin yang merupakan nutrisi penting untuk badan. Dalam Islam, kismis sudah lama disarankan untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius. Menyedari kebaikan kismis dan kemampuannya menjadi snek dalam makanan kanak-kanak, masyarakat Barat turut mula mengambilnya di dalam diet seharian mereka.
Oleh itu, SUSU ILHAM sangat baik untuk anak-anak anda!!!!!! ^_^

Sunday, June 10, 2012

Apa itu SUSU ILHAM?


SUSU ILHAM  merupakan susu penuh krim yang diperkaya dengan badam, kurma dan kismis.  Ia merupakan susu pertama didunia yang mengandungi terapi bacaan 30 juzuk al-Quran.



susu ini dirumus istimewa dengan kaedah pengilangan secara islamik dan menitik beratkan aspek kebersihan dan halal. bagi susu ilham 1 hingga 3 tahun,ia diperkaya dengan khasiat kismis, badam dan kurma. manakala bagi susu ilham 4 tahun keatas pula diperkaya dengan badam, kurma, maca serta gingko biloba. kesemua ini membantu tumbesaran kanak-kanak dengan lebih sempurna. susu ini turut dilengkapi dengan terapi 30 juzuk bacaan al-quran untuk perkembangan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani...Insyaallah..

oleh kerana susu ini mengandungi terapi al-quran, ia tidak boleh dilangkah.

untuk maklumat lanjut mengenai susu ini anda boleh layari http://ilham4u.com.

Tuesday, June 5, 2012

SUSU ILHAM

Susu ilham didatangkan dalam 3 jenis dan kesemuanya  dibungkus dalam kotak dengan berat 650g.


1. SUSU ILHAM untuk umur 1, 2, 3



2. SUSU ILHAM untuk 4 tahun ke atas, didatangkan dengan 2 perasa :
i) VANILA


ii) COKLAT

setiap satu produk berharga RM 48.90 sahaja!!
Hubungi kami : 
013-7917697



Pengenalan Tasneem Online Store

Assalamualaikum warahmatullah...

Bismillahirrahmanirrahim....

Dengan ini, secara rasminya kami membuka pintu kedai ini kepada orang ramai...
insyaallah, setakat ini kami hanya ada 1 produk jualan iaitu SUSU ILHAM. Insyaallah akan datang mungkin kami akan memperbanyakkan lagi produk jualan kami, bergantung pada keadaan..

Online shop ini kami namakan sempena nama puteri sulung kami, TASNEEM, kerana Tasneem lah kami membuat keputusan untuk menjadi pengedar SUSU ILHAM.

Sempena pembukaan ini, kami akan membuat PROMOSI. Nantikannyaaaaaaaaaa!!!!