Friday, June 29, 2012

testimoni pengguna SUSU ILHAM (2)

Thaqif Qayyim b. Noorrul Nizam - 2 tahun++

Thaqif Qayyim mengalami masalah kulit (eczema) yang serius ketika usianya 1 tahun. Sejak dari itu, saya menghabiskan ratusan ringgit setiap bulan untuk kos rawatan dan perubatan di klinik dan hospital tetapi tiada perubahan sehingga saya menjumpai susu ilham pada usianya genap 2 tahun.

Alhamdulillah dengan izinNya, setelah 3 bulan Thaqif meminum susu ilham 123, masalah kulit (eczema) yang serius semakin berkurangan tanpa menggunakan ubat-ubatan dan rawatan susulan serta tidak lagi menangis pada waktu malam kerana penyakit tersebut. Saya juga nampak Thaqif lebih aktif dan perubahan ketara dari segi percakapan, daya ingatan, penghafalan dan pengenalan objek/huruf semakin cekap dan pantas. Sekarang saya tidak lagi menanggung babanan kos perbelanjaan perubatan malahan saya dapat menampung kos pembelian susu ilham pada harga yang berpatutan.

Sekarang ini saya sedang mengandung anak kedua dan telah mengamalkan meminum susu ilham 4 tahun keatas sejak kandungan saya berusia 5 bulan. Alhamdulillah, susu ilham sememangnya boleh diminum oleh semua peringkat usia kerana khasiat badam, kurma, kismis sangat tinggi dan terapi 30 juzuk Al-Quran sangat istimewa serta rasanya yang sangat sedap dan berkhasiat. Semua kebaikan khasiat dan nutrien yang terdapat didalamnya pasti diperoleh bayi dalam kandungan saya. Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan produk susu ilham yang halal serta berkhasiat dan bakal menjadi pilihan pengguna kerana kualitinya berada ditahap yang terbaik.

Pn. Hasni Liana bt Hj. Ahmad, Kota Kemuning, Selangor

Tuesday, June 19, 2012

Tetimoni Pengguna SUSU ILHAM (1)

Berikut adalah testimoni dari pengguna-pengguna Susu ilham yang saya ambil dari flyer..

Siti Maryam bt. Mohd Zairi - 4 tahun
Puteri Nur Aisyah bt. Mohd Zairi - 6 tahun

"kali  pertama maryam dan aisyah diberi minum susu ilham, mereka berdua amat menyukainya hinggakan minta dibuat lagi. kekerapan minum susu ini dua kali ganda daripada susu biasa.

sebelum ini anak-anak saya mengalami selesema dan kahak yang berpanjangan hinggakan menyukarkan mereka bernafas dan tidur dengan lena. dengan izin Allah SWT, setelah mengambil susu ilham, maryam dan aisyah telah menunjukkan kesihatan yang lebih baik. alhamdulillah, tiada lagi kahak dan selesema yang selama ini menyebabkan mereka agak sukar bernafas dalam keadaan selesa. kini anak-anak saya kelihata lebih sihat, ceria, cerdas dan aktif.

khasiat hebat yang telah dirumuskan dalam susu ilham serta penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran dan selawat Nabi dalam pemprosesannya amat meyakinkan saya untuk terus mengambil susu ini sebagai minuman harian mereka.

bukan sahaja anak-anak yang minum susu ilham, suami juga mengambilnya setiap kali sarapan dan sebelum tidur. saya tak menyangka sama sekali selepas suami mengambil susu ini, beliau tidak lagi berdengkur. kini susu ilham menjadi minuman harian seisi keluarga".

- pn. ema hashim, shah alam selangor -

***********************************

Intan Nur 'Insyirah Mohd Nakha'e - 2 tahun 5 bulan

Intan Nur 'Insyirah, 2 tahun 5 bulan, merupakan fully breastfeed baby selama 2 tahun. sebaik usia mencecah 2 tahun, saya mula mencari susu formula yang bersesuaian sebagai susu gantian kepada susu ibu. namun insyirah sukar menerima susu tersebut. pelbagai jenis susu telah di cuba tetapi ianya tidak dapat menarik perhatian dan memenuhi citarasa 'insyirah.

setelah diperkenalkan dengan SUSU ILHAM, 'insyirah terus berminat dan gemarkan rasanya yang manis semulajadi. apa yang lebih menggembirakan saya ialah sejak meminum susu ilham ini, 'insyirah semakin bijak dan petah bercakap seperti orang dewasa disamping lebih mudah menerima pembelajaran baru, cekap berfikir dan mendengar kata. dengan izin Allah disamping kandungan yang halal dan mengikut sunnah, susu ini telah memberi kesan yang positif kepada 'insyirah untuk proses perkembangan dan pembesarannya.

semoga pengalaman ini dapat dikongsi dan dirasai oleh ibu-ibu lain yang mementingkan pemakanan anak mereka. yang baik itu dari Allah.

- En. Mohd. Nakha'e Hashim, Puchong Selangor -

Monday, June 18, 2012

Tahukah Anda?


BADAM merupakan kacang istimewa yang menjadi makanan sampingan yang biasanya dimasukkan ke dalam coklat bagi meningkatkan kesedapan dan nilainya. Badam telah digunakan atau dimakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan & India, beribu tahun dahulu bagi tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu.
Sebagai contoh penyelidikan yang telah dibuat, hampir semua kanak-kanak, remaja, orang dewasa serta warga emas yang menghafal al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu di sekitar Pakistan & India, mereka telah mengambilnya sebagai salah satu sumber makanan tambahan bagi tujuan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan hafalan dan menjaga ingatan. Penyelidikan ini termasuk juga ahli akedemik & golongan professional di sana, kerana mereka sudah menjadikan pengambilan tersebut sebagai amalan harian.
Pakistan dan India telah banyak melahirkan para saintis, pakar perubatan dan para juga alim ulamak yang pakar di dalam ilmu al-Quran & Hadist yang layak diberi gelaran Sheikul Hadist sehingga diberi kemuliaan oleh ALLAH untuk mereka mengajar di Mekah dan Medinah. Sudah menjadi kebiasaan di Pakistan dan India sekiranya kita terjumpa pakar-pakar perubatan, saintis, pakar teknologi maklumat, pakar jurutera serta golongan professional yang menghafal a-Quran & Hadist.
Menurut pakar-pakar pemakanan, badam merupakan sumber makanan untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan kabohidratnya tinggi dan ianya mengandungi sumber gula yang tinggi.
Menurut kajian kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin di dalam telur. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan khasiat susu dan dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus di dalam keju. Kanak-kanak juga amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka.
KURMA adalah sejenis tumbuhan yang dikenali dalam bahasa saintifik Phonex Dactylifera. Kurma mengandungi lebih 50% glukosa dan ianya dapat diserap oleh badan dan mampu memberi tenaga yang segera dan konsisten kepada kanak-kanak. Kurma juga mengandungi serat, amat baik untuk mencegah sembelit dan memudahkan pembuangan air besar.
KISMIS
Imam Zuhdi berkata: “Sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering”
KISMIS mempunyai banyak khasiat pemakanan seperti mineral, serat dan vitamin yang merupakan nutrisi penting untuk badan. Dalam Islam, kismis sudah lama disarankan untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius. Menyedari kebaikan kismis dan kemampuannya menjadi snek dalam makanan kanak-kanak, masyarakat Barat turut mula mengambilnya di dalam diet seharian mereka.
Oleh itu, SUSU ILHAM sangat baik untuk anak-anak anda!!!!!! ^_^

Sunday, June 10, 2012

Apa itu SUSU ILHAM?


SUSU ILHAM  merupakan susu penuh krim yang diperkaya dengan badam, kurma dan kismis.  Ia merupakan susu pertama didunia yang mengandungi terapi bacaan 30 juzuk al-Quran.



susu ini dirumus istimewa dengan kaedah pengilangan secara islamik dan menitik beratkan aspek kebersihan dan halal. bagi susu ilham 1 hingga 3 tahun,ia diperkaya dengan khasiat kismis, badam dan kurma. manakala bagi susu ilham 4 tahun keatas pula diperkaya dengan badam, kurma, maca serta gingko biloba. kesemua ini membantu tumbesaran kanak-kanak dengan lebih sempurna. susu ini turut dilengkapi dengan terapi 30 juzuk bacaan al-quran untuk perkembangan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani...Insyaallah..

oleh kerana susu ini mengandungi terapi al-quran, ia tidak boleh dilangkah.

untuk maklumat lanjut mengenai susu ini anda boleh layari http://ilham4u.com.

Tuesday, June 5, 2012

SUSU ILHAM

Susu ilham didatangkan dalam 3 jenis dan kesemuanya  dibungkus dalam kotak dengan berat 650g.


1. SUSU ILHAM untuk umur 1, 2, 3



2. SUSU ILHAM untuk 4 tahun ke atas, didatangkan dengan 2 perasa :
i) VANILA


ii) COKLAT

setiap satu produk berharga RM 48.90 sahaja!!
Hubungi kami : 
013-7917697



Pengenalan Tasneem Online Store

Assalamualaikum warahmatullah...

Bismillahirrahmanirrahim....

Dengan ini, secara rasminya kami membuka pintu kedai ini kepada orang ramai...
insyaallah, setakat ini kami hanya ada 1 produk jualan iaitu SUSU ILHAM. Insyaallah akan datang mungkin kami akan memperbanyakkan lagi produk jualan kami, bergantung pada keadaan..

Online shop ini kami namakan sempena nama puteri sulung kami, TASNEEM, kerana Tasneem lah kami membuat keputusan untuk menjadi pengedar SUSU ILHAM.

Sempena pembukaan ini, kami akan membuat PROMOSI. Nantikannyaaaaaaaaaa!!!!